Mayat Dipercayai Rakyat Malaysia Ditemui Dalam Longkang Di Medan - Berita Semasa | mStar

Mayat Dipercayai Rakyat Malaysia Ditemui Dalam Longkang Di Medan

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 10:17 PM

Gambar sekadar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia menemui mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia dalam sebuah longkang di Desa Liberia, Teluk Mengkudu di daerah Serdang, kitra-kira 50km dari Medan pada Rabu.

Menurut laporan portal berita, medansatu.com, polis mengesyaki mayat itu adalah rakyat Malaysia berdasarkan cebisan tiket pesawat yang ditemui dalam poket seluarnya.

Tiket pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kualanamu, Medan, bertarikh 14 November lepas.

Jurucakap polis Seksyen Teluk Mengkudu dipetik sebagai berkata, selain cebisan tiket itu polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan dengan pihak MAS mengesahkan berdasarkan tiket itu, penumpang warga emas berasal dar Selangor.

Polis kemudiannya menghubungi Pejabat Imigresen Indonesia di LapanganTerbang Kualanamu yang mengesahkan lelaki itu memasuki Medan pada pukul 7 malam,Isnin lepas.

Polis berkata, terdapat kecederaan kesan seretan pada bahagian muka dan badan mayat itu yang kini ditempatkan di Hospital Bhayangkara Polis Sumatera Utara di Medan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, pihak Konsulat Jenaral Malaysia di Medan telah diminta untuk membantu dan bekerjasama bagi mengenal pasti mangsa.

"Kita masih belum dapat mengesahkan warganegara mangsa. Jika benar rakyat Malaysia kita akan mengambil tindakan selanjutnya," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mayat rakyat Malaysia , medan , longkang
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan