Malaysia Tawar Jadi Penasihat Halal Jepun

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 12:47 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Malaysia menawarkan khidmat sebagai penasihat industri halal kepada Jepun, yang semakin mempunyai potensi besar kepada produk tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permintaan terhadap makanan atau produk halal dijangka meningkat menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

"...Sukan Olimpik tahun 2020, sudah tentu ramai pengunjung dan atlet dari negara Islam yang berkehendakkan makanan dan produk halal," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja beliau ke Jepun.

Bandaraya Tokyo akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas yang akan berlangsung pada Ogos 2020.

Sebelum ini, Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada 1964. 
Menurut Najib, beliau telah memaklumkan tawaran tersebut kepada rakan sejawatannya Shinzo Abe semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin Jepun di pejabatnya, di sini.

Katanya beliau juga memberitahu Abe bahawa pelancong, termasuk dari Malaysia semakin berminat untuk berkunjung ke Jepun, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi kepada produk halal.

Najib berkata piawaian halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai kredibiliti tinggi dan diterima oleh pihak Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Jika Malaysia dilantik sebagai penasihat industri halal Jepun, sudah pasti (produk halal) di sini mudah diterima oleh mana-mana pihak," katanya.

Semasa kunjungan ke Jepun Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis Halal Malaysia, turut mempromosikan piawaian halal Jakim kepada rakan sejawatannya Taro Aso, yang juga Menteri Kewangan Jepun.

Ketika ini, sebanyak 54 badan persijilan dari 32 negara dan empat pihak berkuasa daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim.
Tags / Kata Kunci: penasihat halal , Jakim , sijil Halal , Olimpik 2020

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan