Tiada Kompromi Kes Penipuan Di PGA Simpang Renggam - KDN

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak terlibat dengan kes pembayaran tidak wajar dan penggunaan dokumen palsu dalam perolehan perabot projek pembinaan semula Kem Batalion 5, Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam, Johor.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim untuk mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Saya berpendirian jika terdapat tatacara pembelian yang tidak diikuti, maka tindakan hendaklah dilakukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam berhubung pembayaran tidak wajar dan penggunaan dokumen palsu dalam pengurusan perolehan perabot berkaitan projek pembinaan semula kem itu.

PAC turut mengesyorkan supaya KDN atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan tindakan tatatertib atau surcaj terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam pengurusan perolehan itu serta menyebabkan berlakunya pembayaran tidak wajar.

Ahmad Zahid berkata Bahagian Perolehan PDRM juga perlu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Dalam perkembangan lain, beliau mengulangi tindakan undang-undang akan diambil ke atas penganjur perhimpunan Bersih dan kumpulan Baju Merah pada Sabtu ini.

Katanya kedua-dua penganjur perlu akur dengan larangan yang telah dikeluarkan pihak polis bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

"Mereka sepatutnya tidak meneruskan perhimpunan itu. Itulah sebaik-baiknya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dari segi tindakan undang-undang sekiranya perhimpunan diteruskan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, larangan perhimpunan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini adalah jelas dan perlu dipatuhi semua pihak. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kementerian Dalam Negeri

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan