Kadar Caj Wad Kelas Dua Hanya Naik 25 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 11:25 PM

Dr Hilmi Yahya

Dr Hilmi Yahaya

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU:  Kementerian Kesihatan menjelaskan kadar caj bagi wad kelas kedua di hospital kerajaan hanya akan naik 25 peratus sahaja pada tahun depan bukan 50 peratus.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kali terakhir kadar itu dinaikkan adalah 34 tahun lalu.

"Tiada isu langsung di sini dan ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada pesakit berpendapatan rendah atau sederhana kerana kadar caj kelas ketiga masih kekal dan kelas kedua hanya naik beberapa ringgit sahaja," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak tanah runtuh di Teluk Bahang di sini baru-baru ini.

Kenaikan ini akan dilaksanakan di semua hospital kerajaan seluruh negara bermula 1 Januari depan.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata lokasi untuk Jabatan Pesakit Luar di Hospital Pulau Pinang (HPP) kekal di bangunan utama sehingga mendapatkan lokasi yang sesuai.

"Dahulu ada rancangan untuk memindahkan jabatan itu ke bangunan warisan di Jalan Sepoy Lines, tetapi atas beberapa sebab, kami tidak jadi berpindah kesana," katanya.

Ketika ini, jabatan ini menyediakan perkhidmatan harian kepada 800 pesakit daripada seluruh Pulau Pinang, termasuk dari Sungai Bakap kerana kemudahannya yang mencukupi.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Khamis, Exco Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardin menyentuh isu kesesakan lalu lintas di Jabatan Pesakit Luar HPP.

"Kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan tapak bagi memindahkan jabatan itu dan saya berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya pada sidang itu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Kadar caj wad , naik 25 peratus

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan