Johor Bakal Peroleh RM40 Juta Hasil Caj Jalan Raya Kenderaan Asing

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri dijangka memperoleh antara RM35 juta dan RM40 juta tahun depan menerusi caj jalan raya (RC) yang mula dikenakan ke atas setiap kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura pada 1 November lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata kira-kira 200,000 kenderaan asing telah dikenakan caj itu setakat ini. 

"Bermakna kira-kira RM1 juta pendapatan sudah diperoleh kerajaan negeri daripada pelaksanaan langkah ini.

"Kita akan menggunakan ia (pendapatan) untuk meningkatkan infrastruktur awam seperti menyediakan tempat parkir dan membaiki jalan-jalan utama di tempatan tarikan umum," katanya kepada pemberita selepas tamat pembentangan Bajet Johor 2017 di Dewan Undangan Negeri, Khamis.

Ditanya sama ada terdapat penurunan terhadap bilangan kenderaan asing yang memasuki Johor sejak RC dilaksanakan, beliau berkata ia berlaku pada minggu pertama.

"Bilangan kenderaan menurun kira-kira 20 peratus pada minggu pertama tetapi  secara keseluruhan, saya fikir ia tidak akan memberi kesan terutama dengan pengukuhan mata wang dolar Singapura berbanding ringgit," kata Hasni.

RC melibatkan bayaran RM20 yang diaktifkan melalui sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di dua laluan masuk darat iaitu Tambak Johor dan Link Kedua.

Caj akan dikutip setiap kali kenderaan asing menggunakan sistem kad 'Touch n Go'.

Mengenai projek insfrastruktur air yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam bajet itu, beliau berkata ia harus siap tahun depan.

"Tetapi cabaran utama untuk kita menyiapkan projek itu mengikut masa yang ditetapkan ialah untuk kita perlu menangani karenah birokrasi seperti dalam soal pengambilan tanah dan penempatan semua utiliti.

"Kita berharap dapat mengatasinya agar projek disiapkan mengikut tempoh," katanya.

Dalam Bajet 2017 itu, sebanyak RM79.7 juta diperuntukkan bagi menjayakan 14 inisiatif berhubung infrastruktur air termasuk melaksanakan projek pemindahan air mentah dari Sungai Lenggor ke Empangan Congok, Mersing. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: Johor , Caj Jalan Raya

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan