Patuhi Undang-Undang Sebelum Minta Perlindungan - KPN

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 7:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu penganjur perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung Sabtu ini supaya mematuhi undang-undang sebelum meminta perlindungan atau bantuan daripada mereka.

Khalid berkata, penganjur Bersih perlu mematuhi undang-undang sebelum meminta bantuan polis bagi mengatur masa dan tarikh berbeza untuk perhimpunan balas kumpulan Baju Merah.

"Pertama, orang ramai yang ingin meminta perlindungan perlu mematuhi undang-undang. Jika mereka tidak mematuhi undang-undang, mengapa minta perlindungan?" katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini selepas melancarkan kempen Palestin Tidak Dilupakan.

Sebelum itu, bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, polis mempunyai hak untuk mengatur masa, tarikh dan tempat bagi Baju Merah dalam merancang perhimpunan balas mereka.

Ambiga memetik Seksyen 18 di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,  menetapkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab bagi sesebuah daerah  akan memberikan alternatif masa, tarikh atau tempat lain untuk perhimpunan balas jika pegawai mendapati ia akan menyebabkan konflik.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , KPN , Bersih , Merah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan