Editor Veteran The Star Soo Ewe Jin Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Editor veteran The Star, Soo Ewe Jin meninggal dunia selepas menderita akibat penyakit kanser.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Media, Datuk Seri Wong Chun Wai menyifatkan pemergian Soo,57, sebagai satu 'kehilangan peribadi'.

"Saya kehilangan seorang kawan peribadi, rakan sekerja  dan orang yang sentiasa ada dan membimbing saya.

"Dialah adalah orang yang menyunting kolum mingguan saya, membantu supaya ia kelihatan lebih tajam dengan kemahiran linguistiknya. Ewe Jin juga merupakan rakan kongsi yang baik dalam memberi sokongan terhadap kempen kesederhanaan," jelasnya sambil menambah Soo turut menyunting buku terbaharu Moderation biarpun mengalami masalah kesihatan.

"Ewe Jin sudah pergi, namun dia tetap kekal bersama kami, dalam keluarga The Star, selamanya," katanya.

Jelas Wong, beliau bertemu dengan Soo pada Ahad lalu yang kelihatan ceria berbual dan memberitahu "Ini adalah satu peringatan bahawa kita perlu menghargai masa bersama orang yang kita sayangi dan kawan-kawan rapat".

Soo yang memegang jawatan editor eksekutif merupakan bekas pelajar di Penang Free School.

Beliau memulakan kariernya di The Star pada tahun 2000 dan berkhidmat dalam pelbagai posisi termasuk editor di Star Online, Sunday Star dan Projek-Projek Khas.

Beliau juga mempunyai ramai pengikut setia di kolum mingguannya, Sunday Starters dan sebelum itu Monday Starters.

Sepanjang kariernya dalam kewartawanan, Soo turut bekerja di The National Echo, The Malay Mail, The Institute Of Strategic & International Studies (Isis) Malaysia, The World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF Malaysia) dan The Edge.

Sebelum pemergiannya, Soo menganggap tahun ini sebagai paling indah dalam hidupnya apabila berada di rumah sepanjang masa menjadi 'househusband'.

Soo didianogsis mengalami kanser nasofarinks (hidung) pada tahun 1999. 

Selepas itu, beliau sekali lagi berdepan dengan kanser, nodus limfa pada tahun 2006, manakala barah hidungnya kembali berulang pada Mac 2011.

Tahun lalu Soo sekali lagi berdepan dengan kanser buat kali terakhir.

Beliau  meninggal dunia disisi isterinya, yang juga bekas wartawan, Angeline Lim dan dua anaknya, Kevin dan Timothy.

Tags / Kata Kunci: Soo Ewe Jin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan