Buang Kerja Jika Penjawat Awam Sertai Bersih - KSN

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penjawat awam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini atau berhadapan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberikan amaran itu berkata bentuk tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang terbukti  terlibat dalam perhimpunan tidak sah hujung minggu ini bergantung kepada tahap penglibatan mereka.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang sekiranya gambar mereka terlibat dalam perhimpunan tidak sah itu tersiar dalam mana-mana media.

"Kalau ada (penjawat awam) yang jadi pemimpin, tindakan yang dikenakan berbeza daripada yang lain (penjawat awam yang menjadi peserta). Tindakan akan diambil berdasarkan gambar serta aduan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Puspanita Kali Ke-4, di sini Khamis.

Beliau berkata lazimnya penjawat awam tahu yang mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka tidak akan menyertai perhimpunan kali ini.

Bersih, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, satu lagi pergerakan, yang menamakan mereka kumpulan Baju Merah, mendakwa Bersih bertujuan menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengugut untuk menganjurkan perhimpunan balas di tempat sama dan pada hari yang sama.

Pada 8 November, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kumpulan Bersih 5.0 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada Sabtu ini.

Beliau berkata kedua-dua notis yang dihantar penganjur gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Khalid turut dilaporkan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur Bersih 5.0 dan kumpulan baju Merah sekiranya kedua-duanya masih berhasrat meneruskan perhimpunan masing-masing pada hari berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bersih

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan