Siasat Semula Program 1AZAM - PAC

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira wang Negara (PAC) meminta siasatan terhadap program 1AZAM diadakan semula susulan kerugian yang ditanggung ekoran pengurusan yang lemah.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, walaupun program itu perlu diteruskan tetapi terdapat kelemahan dalam pengurusan yang menyebabkan berlaku kerugian.

"PAC memandang serius kelemahan pelaksanaan program sehingga mendatangkan kerugian.

"Difahamkan bahawa kes ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Susulan itu, PAC menyarankan agar Jabatan Perkhidmatan Awam menyiasat semula perkara ini," katanya menerusi satu kenyataan selepas membentangkan laporan PAC di Parlimen, Khamis.

Hasan berkata, program 1AZAM perlu diteruskan tetapi  disemak dengan teliti sebelum dana diluluskan untuk peserta yang akan memperoleh manfaat secara langsung daripada program itu.

Kenyataan PAC itu dibuat berdasarkan laporan Menyeluruh Audit 2013.

Antara kelemahan tersebut adalah penyaluran peralatan bernilai RM8 juta oleh 22 pembekal tanpa sebarang butiran terperinci dan tidak mengikut prosedur operasi standard.

Laporan itu menyebut, lapan daripada 10 peserta menerima peralatan bernilai RM5,000 setiap seorang yang mengalami masalah sama ada rosak atau tidak bertahan lama.

"Seramai 64 daripada 265 peserta tidak menerima manfaat daripada peralatan yang disediakan, sekali gus mendatangkan kerugian," tambah laporan tersebut.

Program 1AZAM dilancarkan pada 2010 dengan tujuan menyediakan bantuan dan peluang ekonomi kepada keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Program itu diletakkan di bawah Kementerian Masyarakat, Keluarga dan Wanita dengan bantuan beberapa agensi lain.

Tags / Kata Kunci: 1AZAM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan