Jangan Buat Perbandingan Bajet Antara Negeri -Zambry - Berita Semasa | mStar

Jangan Buat Perbandingan Bajet Antara Negeri -Zambry

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak terutama pembangkang diminta tidak membandingkan Bajet 2017 Perak dengan negeri lain termasuk Pulau Pinang. 

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan tindakan tersebut tidak wajar kerana setiap pemimpin mempunyai cara tersendiri untuk mentadbir berdasarkan permasalahan dan keperluan dihadapi di negeri masing-masing. 

"Setiap tahun pembangkang menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh seolah-oleh negeri itu model yang baik. Saya tidak mahu mengkritik kerana ia tidak baik.

"Jangan bandingkan Perak dengan Pulau Pinang kerana ia akan membawa kepada sikap mempertahankan diri sendiri yang akhirnya menyebabkan konflik antara dua negeri," katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak di sini pada Rabu.  

Zambry yang juga ADUN Pangkor mengulas kenyataan beberapa ADUN pembangkang semasa perbahasan Bajet 2017 Perak, yang menyifatkan ia sebagai terburuk kerana diunjurkan sebagai bajet defisit sebanyak RM129.68 juta.  

Menteri Besar Perak itu turut mempersoal tindakan pembangkang membuat perbandingan kerana Bajet Pulau Pinang 2017 juga merupakan bajet defisit. 

"...adakah bajet defisit RM600 juta di Pulau Pinang tidak terburuk? DiSelangor juga tidak terburuk?," soalnya.

Pada Selasa, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membentangkan Bajet 2017 berjumlah RM1.45 bilion dengan defisit sebanyak RM667.1 juta berbanding RM292.13juta defisit pada tahun lepas.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Zambry , bajet negeri , ADUN
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan