Yuran Pemeriksaan Kesihaan Pekerja Asing Kini Di Portal Majikan Fomema

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan pekerja asing boleh membuat pembayaran yuran pemeriksaan kesihatan pekerja mereka secara dalam talian melalui Portal Majikan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) bermula Selasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Hatar Ismail berkata, kemudahan itu diperkenalkan bagi membolehkan majikan berurusan secara lebih pantas dan efisien melalui portal https://portal.fomema.my/. 

"Dengan kemudahan Internet, mesin pengimbas untuk mengimbas dokumen-dokumen yang berkaitan, menjadikan proses pendaftaran secara konvensional pada masa ini yang dilakukan di cawangan-cawangan Fomema seluruh negara, tidak lagi perlu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Menurut beliau, apa yang perlu majikan lakukan ialah membuka akaun majikan untuk pengenalan pengguna dan kata kunci serta mendaftarkan pekerja asing secara dalam talian melalui Financial Process Exchange (FPX) iaitu saluran pembayaran yang disediakan untuk 15 bank yang mengambil bahagian.

"Setelah majikan membuka akaun mereka, ia akan diproses, seterusnya status pendaftaran iaitu sama ada berjaya atau tidak akan dimaklumkan kepada majikan melalui e-mel dalam tempoh dua hari bekerja," katanya.

Beliau berkata proses pendaftaran sedia ada di semua cawangan Fomema masih diteruskan bagi menampung keperluan pendaftaran majikan yang tiada kemudahan Internet. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Fomema , pekerja asing

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan