Umno Tak Taja Ahli Sertai Demonstrasi Jalanan - Ku Nan

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 1:30 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjawab soalan media di Bangunan Parlimen. -fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu tidak menaja ahlinya untuk terlibat dalam demonstrasi jalanan pada Sabtu ini.

Malahan Menteri Wilayah Persekutuan itu juga mengulangi pendirian Umno untuk tidak melindungi ahlinya yang melanggar undang-undang.

Kata beliau, penyertaan penyokong Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) pimpinan Datuk Seri Jamal Md Yunos juga berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya tak galak ahli Umno turut serta dalam perhimpunan ini dan Umno juga tidak taja mereka yang terlibat.

"Jika mereka pergi secara individu dan membuat perkara yang melanggar undang-undang, pihak polis akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumawip di Residensi Taman Sri Rampai, Setapak di ibu negara pada Rabu.

Setakat ini, dua pihak yang akan terlibat dalam perhimpunan pada 19 November ini termasuk penganjur Bersih 5 masih tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk mendapatkan kebenaran polis.

Sebelum ini Jamal yang mengetuai kumpulan gerakan Baju Merah berkata, pihaknya akan 'berperang' dengan Bersih jika kumpulan tersebut masih mahu meneruskan perhimpunan Sabtu ini.

Selain itu, kata Tengku Adnan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap tidak membenarkan penganjuran Bersih 5 di Dataran Merdeka atau Padang Merbok.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kedua-dua pihak supaya berbincang secara rasional untuk menyelesaikan isu ini.




iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan