TPP: Putrajaya, Tokyo Sependapat

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 8:05 PM

Najib (kiri) berjabat tangan dengan Abe. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Putrajaya dan Tokyo bersependapat bahawa cadangan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dilaksanakan danPutrajaya berharap kepentingan strategik pakatan perdagangan bebas itu akan diperakui oleh pentadbiran Donald Trump.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pertemuan antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Trump pada 17 Nov (di Amerika Syarikat), amat dinanti-nantikan oleh semua negara yang terlibat dalam TPP.

"Diharapkan kepentingan strategik TPP akan diperakui oleh pentadbiran akan datang serta oleh semua negara-negara yang mengambil bahagian," kata Najib pada sidang akhbar bersama dengan Abe di sini Rabu.

Najib berkata Putrajaya dan Tokyo telah meluluskan resolusi di Parlimen masing-masing untuk mengambil bahagian dalam TPP.

"Jelas bagi Malaysia untuk meneruskan dengan TPP, dan berharap perjanjian TPP itu akan mula berkuat kuasa," kata Najib yang pada hari kedua lawatan kerja ke Jepun.

Terdahulu, Najib dan Abe mengetuai delegasi masing-masing bagi pertemuan dua hala di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Abe berkata kedua-dua negara akan mempercepatkan prosedur domestik masing-masing untuk penguatkuasaan awal perjanjian TPP.

Selain Jepun dan Malaysia, negara lain dalam terlibat TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Idea yang diilhamkan oleh Presiden Amerika Syarikat yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan, Barack Obama, akan melibatkan kawasan perdagangan bebas yang meliputi kira-kira 40 peratus daripada kuasa ekonomi global.

Bagaimanapun, Trump semasa kempen pilihan raya, beliau dilaporkan telah menyatakan TPP tidak akan dilaksanakan.

Menyentuh mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura, Najib berkata, Malaysia dan Singapura dijadual menandatanganiperjanjian projek bersama awal bulan depan.

Beliau berkata tender antarabangsa bagi projek itu akan dibuka pada suku keempat 2017.

Projek HSR yang dilaporkan melibatkan kos antara RM60 bilion dan RM65 bilion akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit dan menarik minat pembekal dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Eropah.

Najib berkata hampir isu berkaitan perjanjian projek bersama telah diselesaikan.

"Saya telah memberi jaminan kepada Perdana Menteri Abe bahawa prosesmencapai peringkat akhir keputusan (mengenai perjanjian projek) akan dilakukan secara telus dan objektif," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata Malaysia telah menawarkan kepakaran teknikal kepada Jepun dalam pembangunan industri halal di negara ini kerana ia dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Islam.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu menyaksikan pertukaran nota antara Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Seri Ahmad Puzi Kahar mengenai pemberian dua kapal pengawal pantai Jepun kepada APMM.

Najib dan Abe juga menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama antara Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dan Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Jetro dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan berasingan dengan Akie Abe, isteri Perdana Menteri Jepun, di sini.

Najib dan Rosmah kemudian menghadiri majlis makan malam yang dihoskan olehAbe dan isteri di kediaman rasmi perdana menteri di sini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: TPP , Najib Tun Razak , Shinzo Abe

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan