Tambang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang Bermula RM1

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tambang perkhidmatan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK), yang beroperasi 16 Disember ini, akan bermula pada kadar RM1 hingga RM5.50 bagi mod tanpa tunai.

Tambang struktur tunai pula bermula antara RM1.10 dan RM6.40. 

Rapid Rail Sdn. Bhd (Rapil Rail) dalam kenyataan pada Selasa berkata, tambang maksimum tersebut meliputi perjalanan penuh 51 kilometer antara Sungai Buloh dan Kajang merentas 31 stesen.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi mulai 16 Disember dengan meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dan Fasa 2 dengan baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang dan dijadual beroperasi pada Julai tahun depan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telah meluluskan struktur tambang itu berdasarkan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan, sama seperti struktur tambang perkhidmatan LRT dan Monorel.

Laluan MRT SBK itu turut menawarkan diskaun 50 peratus kepada warga emas, pelajar dan orang kurang upaya manakala tambang percuma untuk kanak-kanak bawah tujuh tahun. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan