Taktik Poster Lucah Menjelang Bersih 5

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekeping poster lucah mengenai 'parti buih bogel' kini tersebar di media sosial, dan didapati nombor telefon yang dipaparkan untuk dihubungi adalah milik pemimpin PKR dan Bersih 2.0.

Poster bagi acara itu yang kononnya akan berlangsung pada 1 Disember ini, memaparkan gambar seorang wanita separuh bogel dan menyenaraikan beberapa nama seperti Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy sebagai penganjur.

Antara nombor yang tersenarai adalah milik Pengurus sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh yang berkata, ia bukanlah kali pertama taktik seumpama itu digunakan.

"Haiyo... lagi sekali ke? Ia berlaku setiap kali menjelang perhimpunan. Sebelum ini, ia berlaku semasa Bersih 4, Tangkap MO1 dan sekarang Bersih 5.

"Sebelum ini mengenai perkhidmatan seks dan ia melibatkan khidmat 'call girl', sekarang parti buih pula," katanya.

"Ia merupakan gangguan tetapi kita hanya perlu terus senyum dan kuat," katanya.

Tambahnya, dua lagi turut menyedari nombor telefon mereka dipaparkan pada poster berkenaan.

"Bagaimanapun, saya secara peribadi tidak akan membuat laporan polis," katanya.

Bagaimanapun, tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab terhadap poster tersebut.

Parti 'liar dan basah' itu dikatakan akan diadakan di sebuah lokasi rahsia di Kuala Lumpur.

Perhimpunan Bersih 5 dijadualkan berlangsung pada 19 November ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan