Rafizi Diheret Promosi Parti Buih Bogel

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 8:20 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan nombor telefonnya telah disalahgunakan apabila ia dicatat pada poster iklan parti buih bogel yang kononnya akan diadakan 1 Disember ini.

Rafizi memberitahu, beliau dihubungi oleh pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi menyiasat berhubung penyebaran iklan berkaitan penganjuran parti tersebut.

"Saya baharu mendapat salinan iklan tersebut yang disertakan bersama nombor telefon.

"Ia bukan kali pertama nombor telefon saya disalahgunakan bagi sebaran maklumat berhubung perkhidmatan seks atau pelacuran," jelasnya dalam kenyataan media pada Rabu.

Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, beliau telah menjelaskan kepada anggota polis terlibat berkenaan perkara itu.

"Saya memohon supaya mereka yang berhajat untuk menyertai parti sebegini, jika mereka baca berita ini, diharap dapat berhenti menelefon atau menghantar whatsapp kepada saya.

"Satu-satunya parti buih bogel yang saya pernah terlibat ialah apabila saya memandikan anak kecil saya yang berumur tiga tahun," ujarnya.

Poster bagi acara itu yang kononnya akan berlangsung pada 1 Disember ini, memaparkan gambar seorang wanita separuh bogel dan menyenaraikan beberapa nama seperti Amber, Maria, Rifa, Izzy dan Mandy sebagai penganjur.

Selain Rafizi, nombor telefon yang tersenarai adalah milik Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh.


Tags / Kata Kunci: Rafizi , parti seks dan bogel

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan