Bersih 5: KPN Nafi Mesej Viral Berhubung Jalan Tutup

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 3:59 PM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak mengeluarkan sebarang notis mengenai penutupan jalan di ibu negara berikutan perhimpunan Bersih pada 19 November ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kita belum mengeluarkan lagi apa-apa berhubung penutupan jalan," katanya sambil menolak andaian berkenaan.

Satu senarai jalan yang kononnya akan ditutup semasa perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan, mencetuskan kekecohan di media sosial dan aplikasi mesej WhatsApp.

Ia berkata, jalan akan ditutup untuk pengguna jalan raya dari pukul 5 pagi sehingga 6 petang 19 November.

Ini termasuk jalan-jalan utama di Kuala Lumpur seperti Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Bulatan Pahang, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja.

Mesej berkenaan turut menyatakan bahawa perhimpunan yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan peserta boleh pergi ke sana termasuk di kawasan sekitar Masjid Negara.

Ia turut menasihatkan bakal peserta supaya tidak memakai baju kuning atau merah kerana ia akan mengelirukan dan boleh menimbulkan kesulitan membabitkan peserta lain dan pihak berkuasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan