Kementerian Kesihatan Siasat Kes Culik Bayi Di Hospital Tanah Merah - Dr Subra

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Hospital Tanah Merah, Kelantan pada Selasa malam.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di mana-mana hospital dan pihaknya memandang insiden itu sebagai sangat serius.

"Kita ada prosedur dan sistem keselamatan untuk bawa keluar bayi yang sesiapa pun tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran untuk bayi dibawa keluar.

"Ia bagi memastikan keselamatan bayi di wad terjamin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Kebangsaan 2016 di Hospital Putrajaya, Rabu. 

Bapa kepada bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya pada pukul 9 malam selepas beliau datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.

Susulan laporannya kepada pihak polis, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30-an tengah malam tadi di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh.-- Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan