Adam Tunjuk Kereta Mewah, Banglo Di Media Sosial

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly tidak segan mempamerkan kekayaan beliau dengan memuat naik gambar-gambar kereta mewah dan kediaman keduanya di media sosial.

Menerusi akaun Instagramnya, Adam memuat naik gambar sebuah banglo yang baru diubah suai di Putrajaya pada September tahun lalu.

"Alhamdulillah, kerja-kerja pengubahsuaian rumah saya selesai. #ThanksAllah," menurut keterangan gambar berkenaan.

Mengulas mengenai gambar banglo dua tingkat itu, Adam berkata, 'rumah kedua' itu terletak di Putrajaya.

Banglo di Putrajaya.

Beliau turut berkongsi gambar ruang tamu banglonya yang memaparkan perabot moden dan sofa besar dengan rekaan berbentuk L.

Adam, 28, turut berkongsi beberapa gambar kereta mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke.

Akaun Instagramnya memaparkan gambar-gambar Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper dan Range Rover Evoque.

Beliau turut berkongsi gambar istiadat pengurniaan dan majlis perkahwinannya pada Februari tahun lalu.

Selain itu, akaun Instagram dan Twitter milik Adam turut menunjukkan beliau sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang menghadiri beberapa majlis.

Tags / Kata Kunci: Adam Rosly

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan