GLC Perlu Pegang Teguh Prinsip Integriti - KSN

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 4:08 PM

ali hamsa
(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mahu semua kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berpegang teguh kepada prinsip integriti semasa melaksanakan tugas.

Katanya walaupun beliau sentiasa memberi nasihat dan menekankan elemen integriti dalam ucapannya, masih terdapat segelintir terjebak dalam gejala rasuah.

"Integriti merupakan elemen terpenting sekali dan ia perlu didukung semua penjawat awam dan kakitangan GLC," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Asia Pacific for You (APAC4U) di Tabika Kemas Puspanita dan Taska Permata Puspanita Jabatan Perdana Menteri, di sini, Rabu. 

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai bekas pengarah GLC yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan menerima suapan lebih RM39.9 juta.

Dalam ucapannya, Ali berkata APAC4U mewujudkan peluang kepada sukarelawan daripada pelbagai latar belakang untuk saling berkongsi pengalaman dan pengetahuan selain berpeluang menjalankan aktiviti sukarela di Malaysia termasuk mencantikkan Taska Permata Puspanita dan Tabika Kemas Puspanita di sini.

"Malaysia berbangga dapat menjadi tuan rumah kepada program murni ini yang menghimpunkan golongan muda daripada pelbagai negara Asia Pasifik untuk bersama-sama menjayakan aktiviti sukarela. Selaras dengan objektif Asean, APAC4U berharap dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan sosial rakyat.

"Saya juga menggalakkan anda semua untuk berkongsi buah fikiran bernas yang anda mungkin ada dengan saya atau iM4U. Lakuan perubahan dan berbuat kebaikan di mana sahaja anda berada. Program ini hanya merupakan langkah kecil dalam perubahan yang anda lakukan di tanah air masing-masing," katanya.

APAC4U berobjektif menjadi program rangkaian sukarelawan bagi memupuk dan meningkatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan belia di negara-negara Asia Pasifik.

Sebanyak 90 peserta daripada 14 negara, antaranya Australia, China, India, Jepun, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Filipina mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti sukarela pada program itu.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: KSN , GLC , Ali Hamsa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan