Ahli Baju Merah Kena Cekup Polis Terima Habuan 'Besar' - Jamal

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya tiga hari menjelang demonstrasi jalanan pada 19 November ini, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan habuan 'besar' kepada ahli kumpulan Baju Merah yang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan itu.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu berkata, ganjaran itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat turun padang pada Sabtu ini.

"Ia juga sebagai simbol pengorbanan mereka dan menghargai perjuangan ahli kumpulan Baju Merah," katanya.

Jamal juga mengakui persiapan telah dilakukan dan jentera Baju Merah sudah bersedia untuk berdepan kumpulan Bersih.

"Kami telah menggerakkan jentera di seluruh negara yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk anak muda, belia dan profesional," katanya.

Dianggarkan 300,000 penyokong Baju Merah akan hadir bagi menentang dan menyekat pergerakan Bersih 5.

"Kalau nak tahu dimana kami akan berkumpul, tanya kumpulan Bersih dimana mereka berkumpul, kerana gerakan Baju Merah akan berada di setiap lokasi di mana Bersih berada," katanya.

Sebanyak 38 peguam akan ditempatkan di setiap lokasi kumpulan Bersih sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Perutusan Khas Menjelang Himpunan Gergasi Merah menentang Bersih 5 di sini, pada Rabu.

Selain itu Jamal turut menyatakan hasratnya untuk bertembung dengan beberapa pemimpin pembangkang lain seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Lim Kit Siang, Muhammad Sabu, Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya ingin bersalaman dengan Tun Mahathir," katanya.

Beliau juga menghormati nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tidak meneruskan perhimpunan itu namun tetap dengan pendirian kumpulan itu untuk meneruskan perjuangan.



Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos , Bersih 5 , Baju Merah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan