Zuraida Tolak Permohonan Maaf Jamal

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 11:23 PM

Zuraida Kamaruddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin enggan menerima permohonan maaf berbaur sinis yang dikemukakan Datuk Seri Jamal Yunos.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Jamal mempunyai tempoh sehingga petang Rabu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadap beliau.

Jamal sebelum ini mendakwa Zuraida mengarahkan penyokong Bersih untuk menumbuk dirinya semasa pergelutan antara penyokong Baju Merah dan Bersih di sebuah pusat membeli-belah di sini Ahad lalu.

"Saya fikir ini adalah sikap seseorang yang tidak bertamadun. Bahasa yang dia gunakan hanya menunjukkan bagaimana Datuk Seri ini kurang berpendidikan," katanya kepada pemberita di Parlimen pada Selasa.

"Jika dia tidak memohon maaf secara terbuka sebagaimana yang saya tuntut, kami akan memfailkan saman terhadapnya pagi Khamis," kata Zuraida.

Terdahulu, Jamal secara sinis memohon maaf kepada Zuraida selepas pemimpin PKR itu memberi kata dua kepadanya.

"Terima kasih YB Zuraida kerana mengingatkan saya (mengenai permohonan maaf). Saya di sini ingin memohon maaf kepada YB Zuraida kerana saya terpaksa 'menyelak kain' beliau. Saya nak lihat ada kudis di kakinya, ada kurap tak di pahanya, ada tak kudis-kudis yang lain di telapak kaki beliau.

"Jadi saya memohon maaf kerana terpaksa 'menyelak kain' beliau supaya kudis-kudis tersebut tidak berjangkit kepada rakyat Selangor,"  katanya pada sidang akhbar di Ampang, Selasa.

Zuraida berkata penggunaan kata-kata Jamal menunjukkan permohonan maafnya tidak ikhlas.

Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Zuraida Kamaruddin

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan