Penutupan Bank: Tidak Wujud Krisis Ekonomi, Cuma Strategi Perniagaan

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 2:52 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak wujud krisis ekonomi dalam penutupan cawangan-cawangan bank perdagangan dan bank berkonsepkan Islam di negara ini, sebaliknya ia hanyalah penyusunan semula strategi perniagaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, Selasa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata penutupan cawangan bank itu dibuat pemain industri perbankan setelah mengambil kira pertimbangan komersial dan persaingan daripada bank-bank lain.

"Saya kira daripada unjuran ekonomi, ia masih berkembang empat hingga lima peratus. Bank adalah entiti perniagaan, mereka perlu merasionalkan perniagaan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Mohd Hatta Md Ramli (Amanah-Kuala Krai) sama ada penutupan cawangan bank menunjukkan indikasi krisis ekonomi negara.

Othman berkata pada tahun ini, sebanyak 63 buah cawangan ditutup melibatkan 58 bank perdagangan dan lima bank berkonsepkan Islam berbanding 43 cawangan tahun lepas meliputi 32 bank perdagangan dan 11 bank berkonsepkan Islam.

Dalam pada itu, beliau berkata sejak enam bulan lepas, sebanyak 1,425 pekerja bank telah diberhentikan dengan kebanyakannya melalui 'skim pemisahan sukarela' kesan daripada penstrukturan semula institusi perbankan dan bukan semata-mata disebabkan oleh penutupan cawangan.

Katanya sehingga suku ketiga 2016, terdapat 137,000 pekerja bank di seluruh negara.

Kepada soalan tambahan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai keuntungan tinggi diperolehi bank, namun memberikan imbuhan yang rendah kepada para pekerja, Othman berkata itu adalah polisi bank masing-masing.

"Pemegang saham adalah mereka yang sangat pakar dalam industri perbankan dan merangka dasar demi kepentingan bank. Tetapi kita minta Bank Negara Malaysia supaya berbincang semula dengan bank-bank ini agar emolumen pekerjanya selaras dengan keperluan industri," tambahnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan