Tambang MRT Bermula RM1

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Struktur penuh tambang perkhidmatan MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) akan bermula dengan tambang nominal atau serendah RM1 untuk perjalanan satu hentian bagi struktur tambang tanpa tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, tambang paling rendah untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai pula adalah RM1.10, antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.

Sementara itu, katanya, tambang maksima adalah RM6.40 berdasarkan kepada struktur tambang tunai, dan RM5.50 berdasarkan tambang tanpa tunai, meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh dan Kajang, sepanjang 51 kilometer dan melalui  31 stesen.

"Struktur tambang sudah diluluskan oleh kerajaan dan adalah berdasarkan kepada bayaran masuk nominal dengan kadar menurun untuk setiap empat hingga lima kilometer perjalanan, sama seperti perkhidmatan LRT dan monorel.

"Seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel, dan bas Rapid KL, kami memberikan diskaun 50 peratus untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT dan bas pengantara MRT," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Zohari, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun turut boleh menaiki perkhidmatan itu secara percuma.

"Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel.

"Oleh itu, pengguna MRT akan melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch & Go sahaja.

"Tambang nominal untuk perkhidmatan bas pengantara MRT adalah RM1 untuk satu perjalanan," kata Zohari.

Beliau berkata, sebanyak 120 bas pengantara MRT akan beroperasi di  26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.

Sementara itu, jelasnya kad MyRapid, yang kini digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan.

"Kami akan memberi makluman terkini secara progresif pada masa akan datang dan persiapan akhir sedang dibuat untuk 12 stesen pertama bakal dibuka pertengahan Disember," kata Zohari.

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang pula dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Butiran penuh struktur tambang MRT boleh didapati di laman rasmi Rapid KL di www.myrapid.com.my dan akan turut dipaparkan di semua stesen MRT.

Tags / Kata Kunci: MRT SBK , tambang. Rapid Rail

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan