Fenomena Supermoon Lebih Besar Pada 2034 - Pakar

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Fenomena Supermoon dijangka menyebabkan berlakunya bencana banjir lebih besar di pesisir pantai negara ini apabila ia berulang 18 tahun lagi.

Bencana alam itu bukan sahaja berpunca daripada fenomena ini, tetapi juga disebabkan ketinggian paras laut serta hakisan pantai yang berlaku pada ketika itu.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Sains dan Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, jarak antara bumi dan bulan akan berada dalam kedudukan paling dekat pada 2034.

“Tahun ini, bulan berada pada jarak 356,510 kilometer (km).

“Namun, dalam masa 18 tahun akan datang, bulan akan berada pada jarak 356,455 km dan akan kelihatan lebih besar dan bercahaya daripada biasa,” jelasnya ketika ditemui di kampus UTM Skudai pada Isnin.

Beliau berkata, dalam masa 18 tahun ini juga, air pasang akan menjadi lebih besar disebabkan tarikan graviti yang lebih kuat.

“Dengan perubahan iklim, yang menjadi faktor kepada perubahan corak cuaca, saya berharap pihak bertanggungjawab akan menjaga hakisan di sekitar pantai di Malaysia,” katanya.



Tags / Kata Kunci: Supermoon , UTM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan