Saya Orang Pertama Arah Siasatan 1MDB, Kata Najib Kepada Penerbitan Jepun

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 1:52 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dalam temu bual dengan majalah mingguan Jepun, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau adalah orang pertama yang mengarahkan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Disiarkan dalam Nikkei Asian Review pada Selasa, perdana menteri dilaporkan berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah mengetuai siasatan terhadap 1MDB.

"Saya adalah orang pertama yang mengarahkan pelbagai pihak berkuasa di Malaysia untuk menjalankan siasatan," kata Najib.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara telah menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

"Saya sentiasa menjelaskan bahawa kerjasama sepenuhnya perlu diperluaskan kepada mana-mana penyiasatan dengan syarat ia mengikut undang-undang negara kita," kata Najib.

"Tambahan pula, seperti yang saya telah nyatakan secara konsisten, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," katanya.

Najib berkata isu 1MDB telah dipolitikkan oleh 'elemen-elemen tertentu dalam Malaysia' dengan cubaan mengeksploitasi isu tersebut untuk 'manfaat politik' peribadi.

Beliau juga mendakwa orang-orang tertentu memberikan  'maklumat palsu atau tidak lengkap' kepada pihak berkuasa asing.


Najib berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nikkei Asian Review menjelang lawatan tiga hari beliau ke Tokyo pada Selasa.

Siasatan Malaysia ke atas 1MDB membuat kesimpulan bahawa kelemahan wujud dalam pengurusan 1MDB, tetapi tiada seorang pun daripada eksekutifnya didakwa dengan penyelewengan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat sedang menyiasat entiti dan mereka yang mempunyai kaitan dengan 1MDB berhubung kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review, Najib juga bercakap mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, hubungan dua hala Malaysia dengan China dan hubungan Malaysia dengan Jepun.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan