Pesakit Wad Kelas Tiga Tidak Dikenakan Caj Baharu

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 11:33 PM

subramaniam

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Caj baharu tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, sekiranya tiada katil kosong di wad kelas tiga.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan tersebut dibuat kementeriannya jika situasi tersebut berlaku kepada mana-mana pesakit di hospital kerajaan.

"Saya berjanji kerajaan sememangnya komited dan mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan berkualiti pada harga berpatutan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Justeru, Dr Subramaniam menjelaskan ini sekaligus mengurangkan kerisauan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Pada Isnin, Dr Subramaniam mengumumkan caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua di hospital kerajaan akan dinaikkan berkuat kuasa 1 Jan 2017, bagaimanapun kadar baharu itu belum diputuskan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan