Muhyiddin Harap Tidak Senasib Dengan Rafizi

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 2:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap dirinya tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Akta Hasutan 1948, berkata demikian ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya dirakam di sana selama dua jam, Selasa.


"Walaupun saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Rafizi, saya berharap saya tidak akan mengalami situasi yang sama. Kerana saya percaya apa yang saya cakap di Parlimen adalah sebagai ahli Parlimen...saya mempunyai hak untuk bercakap.


"Saya mempunyai imuniti dan pihak berkuasa akan memahami keseluruhan latar belakang dengan apa yang saya telah katakan di Parlimen," katanya.

Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), merujuk kepada sabitan bersalah Rafizi yang didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.


Pada Isnin, Rafizi dijatuhi hukuman 18 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.


Peguam Muhyiddin, Amir Hamzah Arshad dan Azhar Harun berkata mereka berharap ini akan menjadi pengakhiran kepada isu itu.

"Mereka telah mengambil kenyataannya dan kita tidak boleh pastikan berapa lama siasatan akan diambil.

"Mari kita berharap ini adalah pengakhiran perkara ini dan tiada sebarang siasatan lanjut kerana apa sahaja yang telah dikatakan dan dilakukannya telah dibuat atas kapasitinya sebagai seorang ahli Parlimen," kata Amir.


Polis kini sedang menyiasat Muhyiddin, bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal kerana melanggar rahsia rasmi.

Mereka telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan  1MDB ketika membahaskan ucapan Bajet 2017 di Parlimen, menyebabkan beberapa laporan polis dibuat terhadap mereka.


Antara mereka yang hadir untuk menyokong Muhyiddin termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Ahli Parlimen DAP, Theresa Kok, Johari Abdul dan Tian Chua (PKR), Ketua Penerangan Parti Amanah Negara Khalid Samad dan penyokong PPBM.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan