Pesakit Kelas Pertengahan Masih Pilih Hospital Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 10:08 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Hospital awam tidak hanya dikunjungi oleh golongan berpendapatan rendah, tetapi juga menjadi pilihan pesakit kelas pertengahan.

Pegawai eksekutif, Mohd Syafiq Abdul Khaled, 30, yang anak pertamanya dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah di sini dua bulan lepas, berkata banyak wang dapat dijimatkan apabila anaknya lahir di hospital kerajaan.

"Isteri saya dimasukkan ke wad kelas pertama ketika dia melahirkan anak perempuan kami. Kosnya hanya kira-kira RM800," kata Mohd Syafiq.

"Perkhidmatannya juga baik seperti yang disediakan oleh hospital swasta," katanya.

"Perbezaannya hanyalah dari segi bil," katanya.


Mohd Syafiq berkata walaupun harga bagi wad kelas pertama dan kedua akan dinaikkan, beliau tetap akan memilih hospital kerajaan.

Pegawai perkhidmatan pelanggan S. Indira, 32, yang kini hamil empat bulan berkata beliau juga memilih hospital awam.

"Untuk anak pertama kami yang lahir tiga tahun lalu, kami memilih wad kelas kedua dengan bayaran kira-kira RM200. Kami rasa cajnya sangat berpatutan," katanya.

Di Pulau Pinang, seorang pengurus syarikat, K.Y. Tan berkata beliau telah pergi ke Hospital Bersalin Pulau Pinang dan klinik kesihatan kerajaan untuk pemeriksaan rutin.


"Para doktor dan kakitangan perubatan begitu teliti membuat pemeriksaan dan saya gembira dengan perkhidmatan mereka.

"Hospital swasta akan mengenakan caj yang tinggi. Di hospital kerajaan, saya hanya dikenakan bayaran RM1 untuk pemeriksaan," kata Tan, 29, yang sedang hamil empat bulan.

Ahli perniagaan, J.K. Tan, 60, berkata beliau dapat jimat lebih dari RM400 untuk kos bulanan ubat-ubatannya dengan berkunjung ke Hospital Pulau Pinang dan hanya perlu membayar RM5 untuk berjumpa pakar perubatan di sana.

"Sebagai pesakit kencing manis, saya boleh mendapatkan bekalan insulin saya secara percuma di hospital. Saya juga memerlukan ubat untuk mengawal tekanan darah dan kolesterol.

"Saya perlu menambah sehingga RM400 sebulan untuk mendapatkan semua ubat ini jika saya mendapatkannya dari farmasi tetapi semua ini percuma di hospital kerajaan.

"Apa yang paling baik apabila ubat-ubatan yang saya dapat adalah daripada jenama ternama," katanya.


Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Paul Selvaraj berkata kenaikan caj bagi wad kelas pertama dan kedua boleh diterima selagi wad kelas ketiga dikecualikan.

"Anda tidak boleh menaikkan kadar bagi wad kelas ketiga kerana ia untuk golongan berpendapatan rendah.

"Tidak boleh ada apa-apa perubahan yang memberi kesan kepada akses penjagaan kesihatan kepada mereka semua," katanya.

Selvaraj berkata kenaikan yang dicadangkan tidak akan menjadi isu 'selagi ia berpatutan dan tidak terlalu tinggi'.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr John Chew berkata kebanyakan pesakit di wad kelas pertama dan kedua hospital kerajaan berada di sana kerana kelayakan mereka.

Peningkatan ini, katanya, adalah wajar kerana kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi pada masa ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan