Perjalanan Ke Luar Negara Kini Lebih Mahal

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 10:59 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara perlu 'meneliti dompet' mereka susulan nilai ringgit lemah.

Ada juga yang mungkin perlu berfikir dua kali sebelum menggunakan kad kredit untuk membayar hotel atau keluar membeli-belah di luar negara, kata Naib Presiden (perjalanan ke dalam negara) Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Datuk Tan Kok Liang.


"Kejatuhan mata wang jelas sekali bukan masa yang positif bagi Malaysia dan saya rasa perbelanjaan akan berkurangan semasa lawatan ke luar negara kerana banyak benda akan menjadi lebih mahal," katanya, sambil menambah bilangan pelancong yang keluar juga mungkin terjejas.

Kok Liang berkata pelancong berpendapatan tinggi tidak akan merasai kesan ringgit yang lemah, tetapi tidak bagi kumpulan pertengahan dan pelancong bajet yang perlu berbelanja dengan lebih bijak.

Naib Presiden bagi pengangkutan darat Matta S. Jayakumar berkata sama ada menggunakan kad kredit atau wang tunai, pelancong tetap akan merasai kesannya.

"Orang ramai suka guna kad kredit di luar negara kerana ia mempunyai had, jadi mereka hanya akan berbelanja sejumlah wang tertentu.

"Tetapi bajet mereka akan menjadi lebih kecil dan kuasa perbelanjaan rakyat Malaysia akan berkurangan kerana perbelanjaan di luar negara adalah lebih tinggi," katanya.

Namun, nilai ringgit yang jatuh kepada 4.34 berbanding dolar AS pada Jumaat, paling lemah sejak Januari juga dilhat mempunyai hikmah.

"Perjalanan domestik boleh meningkat apabila terdapat kumpulan pelancong akan menghabiskan wang tunai mereka di sini sebagai pelancong mewah," kata Jayakumar.

Eksekutif Destination Asia Destination Management Sdn Bhd  Sheikh Abdul Rahim berkata syarikatnya cuba mengambil peluang daripada situasi ini.

"Kami mempunyai pejabat jualan antarabangsa di Amerika Syarikat, jadi sebaik sahaja ringgit menjunam, kami cuba untuk mendapat manfaat jualan.

"Oleh itu, jika mana-mana syarikat korporat AS menghubungi pejabat kami di sana untuk mendapatkan idea perjalanan, kami cuba menawarkan Malaysia kerana ia kini lebih murah untuk mereka," katanya.

Peguam, Alex Chang berkata kesan ringgit yang semakin lemah memberi kesan serta-merta untuk pelancong sepertinya.

"Pada tahun 2013, apabila menggunakan kad kredit dan dikenakan caj AS$1 untuk secawan kopi, kita telah membayar RM3, tetapi kini kita perlu membayar lebih dari RM4 untuk kopi yang sama," katanya.

Seorang pengarah urusan yang hanya dikenali sebagai Patrick berkata beliau akan terus menggunakan kad kredit.

"Keluarga saya sudah terbiasa dengannya, jadi perbelanjaan di luar negara kami akan tetap sama," katanya.
Tags / Kata Kunci: nilai ringgit , luar negara , Matta

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan