Rumah Ala Istana, Jamal Tuntut Penjelasan Adam

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 4:36 PM

Rumah ala istana yang didakwa milik Adam Rosly.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly untuk menjelaskan bagaimana beliau boleh membeli sebuah kediaman mewah di Kuala Lumpur pada usianya yang masih muda.

Terdahulu, Jamal menjemput beberapa media terpilih untuk menaiki helikopter bagi meninjau kawasan kediaman mewah yang didakwa milik pemimpin muda pembangkang itu.

Jamal mendakwa Adam, 28, telah mengumpul sejumlah kekayaan, justeru beliau membawa media melakukan pemantauan dari udara terhadap hartanah milik pemimpin itu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menuduh tetapi mahu Adam menjawab apa sumber kekayaan luar biasanya itu," kata Jamal pada sidang media di luar perkarangan rumah tersebut.

Banglo dua tingkat setengah itu yang dibina dengan reka bentuk ala sebuah istana, lengkap dengan menara dan terletak di tengah bandar Ampang.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo juga menegaskan rumah tersebut tidak kelihatan mempunyai meter elektrik mahupun air.

Menurut seorang penduduk di kawasan itu, Adam berpindah ke rumah keluarganya pada September lalu.

Rumah tersebut adalah projek terbengkalai dan hanya baru-baru ini melalui proses diubah suai dan dicat.

Ismail dijangka membuat satu laporan mengenai harta kekayaan Adam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ampang pada pukul 4 petang Selasa.


Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , rumah ala istana , Adam Rosly

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan