Jamal Mohon Maaf Terpaksa 'Selak Kain' Zuraida

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos secara sinis memohon maaf kepada Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin selepas pemimpin PKR itu memberi kata dua kepadanya.

"Terima kasih YB Zuraida kerana mengingatkan saya (mengenai permohonan maaf). Saya di sini ingin memohon maaf kepada YB Zuraida kerana saya terpaksa 'menyelak kain' beliau. Saya nak lihat ada kudis di kakinya, ada kurap tak di pahanya, ada tak kudis-kudis yang lain di telapak kaki beliau.

"Jadi saya memohon maaf kerana terpaksa 'menyelak kain' beliau supaya kudis-kudis tersebut tidak berjangkit kepada rakyat Selangor,"  katanya pada sidang akhbar di Ampang, Selasa.

Pada Isnin, Zuraida memberi Jamal tempoh 48 jam untuk memohon maaf dan menarik semula kata-katanya jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

Beliau turut menuntut Jamal supaya tidak menyiarkan lagi apa-apa kenyataan fitnah dan membayar ganti rugi akibat kerosakan dan kecederaan semasa pergelutan yang berlaku di antara kumpulan Baju Merah dan polis di pusat membeli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Dalam pergelutan itu, Jamal ditumbuk dimuka dan mengalami kecederaan di bahagian hidung.






Tags / Kata Kunci: Jamal Yunos , Zuraida Kamaruddin , PKR

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan