"Jamal Manusia Jenis Apa?" - Amanah

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir menyelar kenyataan ugutan ketua kumpulan baju merah susulan insiden 'hidung berdarah' pada Ahad lalu.

Menurut Anuar, kenyataan  Datuk Seri Jamal Md Yunos, "darah dibayar darah" tidak seharusnya dikeluarkan kepada penyokong baju kuning yang akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini.

"Berdarah hidung sikit pun dah nak darah berbalas darah?.

"Manusia jenis apa yang berfikir begitu. Kalau beliau seorang pemimpin dalam apa jua kapasitinya...beliau harus jadi seorang yang tenang," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di sini, Selasa.

Sebelum ini Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berikrar untuk membayar setiap titisan darahnya yang tumpah akibat ditumbuk ketika pergelutan antara kumpulan baju merah dengan konvoi Bersih 5 di Ampang.


Anuar (tiga dari kiri) selepas sidang media di Wisma Amanah Negara pada Selasa.

Selain itu,  Anuar berharap Jamal dan penyokongnya tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perhimpunan di ibu negara, Sabtu ini.

"Jangan timbulkan soal darah dibayar darah... ia satu insiden yang kecil. Kita harap dalam perhimpunan 19 November nanti tidak ada (kekecohan).

"Diharap semua berlaku dalam suasana festive dan bukannya marah-marah, benci-membenci dan sebagainya. Kami cuma nak suarakan bantahan secara aman," katanya.

Sementara itu, pada sidang media yang sama Anuar berkata, partinya akan menggerakkan kira-kira 30,000 ahli dan penyokongnya dari seluruh negara untuk menyertai perhimpunan Bersih 5.

Tambah beliau, Amanah turut menggerakkan seramai 55 peguam daripada Biro Undang-undang parti itu bagi menawarkan khidmat guaman kepada semua peserta perhimpunan tersebut.

"Seramai 50 pegawai perubatan daripada Arif Medical Team akan turut bertugas di lapangan pada hari perhimpunan tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos , Amanah , Bersih

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan