Hidangan Kombo Santan Penerbangan AirAsia AK, AirAsia X D7

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia memperkenalkan Hidangan Kombo Santan baharu, yang kini tersedia untuk tempahan awal, berharga dari RM10 bagi penerbangan AirAsia Bhd (AK) manakala daripada RM15 untuk penerbangan AirAsia X Bhd (D7).

Menurut kenyataan AirAsia, Selasa, Hidangan Kombo Santan mempunyai 15 hidangan pilihan yang terdiri daripada citarasa Asean hingga masakan antarabangsa.

"Pelanggan yang membuat tempahan awal boleh memilih hidangan yang turut disempurnakan minuman kopi (hanya disediakan untuk penerbangan melebihi 90 minit), minuman ringan dan air mineral," menurut AirAsia.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata pelanggan akan gembira apabila mengetahui tawaran harga baharu itu menawarkan diskaun RM5 daripada harga tiket penerbangan.

"Apabila pelanggan membuat tempahan awal hidangan secara dalam talian, mereka bukan hanya menikmati potongan harga dan mempunyai pilihan hidangan yang lebih banyak, malah boleh mendapat layanan istimewa untuk dihidangkan lebih awal," katanya.

Lee berkata, antara hidangan baharu dalam menu berkenaan ialah hidangan Ayam Berinti Southweast bagi penerbangan AK berharga RM10.

"Hidangan ini disempurnakan oleh dada ayam segar dan diperap serta diisi gabungan unik lada benggala dan bawang, disajikan bersama kentang panggang dan sos keju berkrim jalapeno," katanya.

Sementara, mereka yang menggunakan perkhidmatan penerbangan D7 boleh menikmati hidangan kombo baharu Pai Ayam Nenda berharga RM15, iaitu daging ayam kisar dan lapisan kentang putar berkrim yang dibakar, dihidangkan bersama brokoli dan lobak merah.

Pelanggan boleh membuat tempahan hidangan mereka sehingga 24 jam sebelum penerbangan yang dijadualkan, melalui wwww.airasia.com di bawah 'Urus Tempahan Saya'.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Hidangan Kombo Santan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan