Diabetis Boleh Ganggu Pembelajaran

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 9:39 AM

Jisuinaprit perlu mengikut diet makanan yang dicadangkan oleh doktor setelah disahkan menghidap diabetis.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Pengawal keselamatan, Ambreth Kaur, 43, masih ingat lagi bagaimana anak perempuannya yang montel, Jisuinaprit Kaur, yang ketika itu berusia empat tahun tiba-tiba hilang berat badan dan minum 10 botol air sehari, tiga bulan selepas dihantar ke sekolah tadika.

Guru Jisuinaprit telah memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya itu tidak dapat memberi perhatian di dalam kelas dan sering duduk di satu sudut dan tidur sepanjang masa.

"Saya beritahu suami saya dan dia tertanya-tanya jika anak kami menghidap diabetis," katanya.

Dua bulan kemudian, Ambreth membawa Jisuinaprit ke klinik selepas anaknya itu demam, batuk dan muntah-muntah.

Tanggal 12 April 2007, jam 3 pagi, beliau terpaksa bergegas ke hospital kerana lidah Jisuinaprit bergulung dan matanya naik ke atas.

Dalam tempoh beberapa jam selepas dimasukkan ke Hospital Kajang, doktor memaklumkan bahawa Jisuinaprit menghidap diabetes Jenis I dan dia dimasukkan ke hospital selama sebulan.

"Saya terkejut," katanya, sambil menambah beliau dan suami tiada penyakit kencing manis, begitu juga ibu bapa mereka.

Malah, Ambreth berkata beliau mengalami kandungan gula rendah ketika mengandungkan Jisuinaprit dan sering diberikan glukosa.

Oleh kerana penyeliaan dan penyediaan makanan Ambreth dibuat berdasarkan cadangan pakar diet, Jisuinaprit kini dapat menjalani kehidupan normal.

Dia perlu mengambil suntikan insulin secara teratur, makan makanan yang betul, bermain badminton dan berlari di sekolah.

"Sukar untuk saya mengawal diet tetapi usaha dan nasihat ibu telah membantu saya," kata Jisuinaprit yang kini berusia 13 tahun.

Kanak-kanak ini mengimbas kembali bagaimana ibunya pernah pergi ke sekolah semata-mata mahu memeriksa keadaan dirinya yang ketika itu darjah 3 selepas tahap gula dalam badannya 'naik'.

Ibunya mendapati anaknya itu telah menukar makanan yang disediakan di rumah dengan rakan-rakannya 'yang bersimpati dengan diet terhad Jisuinaprit.

"Saya makan nasi lemak dan mee goreng kawan-kawan saya," katanya tersipu-sipu.

Jisuinaprit sering berasa sedih apabila menghadiri majlis kerana tidak dapat mengambil makanan bersalut gula seperti kanak-kanak lain, justeru dia belajar membuat ais krim gula rendah untuk memujuk dirinya sendiri.

Dalam satu temu bual berasingan, pakar psikiatri Dr K. Selvam berkata sesetengah ibu bapa membawa anak mereka berjumpa dengannya hanya berhubung masalah tingkah laku tetapi  kemudian anak-anak mereka didapati menghidap diabetes yang tidak didiagnos.

"Mereka tidak dapat belajar dengan baik di sekolah dan gagal dalam peperiksaan," katanya, sambil menambah selepas membuat pemeriksaan kencing manis, pelajar berkenaan didapati telah menghidap kencing manis selama beberapa tahun.

Beliau berkata seorang lagi pelajar Tingkatan 5 yang sebenarnya bijak, terpaksa berhenti sekolah.

Pelajar perempuan itu mempunyai masalah daya ingatan apabila paras gulanya rendah dan mengalami hipoglisemia, katanya.

Dr Selvam berkata seseorang juga boleh menjadi celaru dan lesu serta tidak bermotivasi untuk belajar atau melakukan kerja tambahan apabila paras gula menjadi terlalu tinggi (hiperglisemia).

Malah, ketika beliau mengajar pelajar perubatan dari tahun 2009 sehingga kini di tiga buah universiti swasta, beliau juga telah mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku dan kemudiannya didapati menghidap kencing manis.

Dr Selvam berkata, sesetengah guru di sekolah perlu dilatih untuk mengenal pasti faktor-faktor risiko dan tanda-tanda penyakit ini supaya anak didik mereka dapat menjalani pemeriksaan penilaian.

Bersempena Hari Diabetes Sedunia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bahawa beberapa pasukan yang akan dihantar untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan di sekolah-sekolah juga akan mengenal pasti kanak-kanak yang menghidap diabetes atau berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

Beliau berkata tiada kumpulan umur yang terkecuali daripada diabetis yang menjadi musuh negara.

Rekod 2008-2015 menunjukkan bahawa dalam 669 kes diabetes, kebanyakannya Jenis I, dilaporkan berlaku di kalangan mereka di bawah umur 20.
Tags / Kata Kunci: diabetis , Jenis 1 , diabetis kanak-kanak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan