Bonus Setengah Bulan Untuk Kakitangan Kerajaan Negeri P.Pinang

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 2:57 PM

Lim Guan Eng ketika hadir bagi membentangkan Bajet 2017 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri, Selasa. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang pada Selasa mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 untuk anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2017 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri berkata bayaran bonus itu akan dibuat bulan depan.

Beliau berkata pembayaran bonus kepada 4,178 penjawat awam negeri itu melibatkan peruntukan sebanyak RM4.19 juta.

"Diharapkan bayaran bonus ini akan meningkatkan semangat mereka untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun mendatang," katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberikan bayaran tambahan sebanyak satu perempat gaji kepada penjawat awam yang tidak mengambil cuti sakit swasta melebihi empat hari sehingga November 2016 sebagai insentif kehadiran kerja.

Lim berkata pemberian bonus RM300 seorang akan turut diberi kepada penyelia dan guru KAFA, guru sekolah agama rakyat, guru sekolah menengah agama rakyat dan guru serta staf sekolah persendirian Cina.

Beliau berkata guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam negeri Pulau Pinang pula akan menerima bonus RM200 seorang.
Persidangan dewan akan disambung Khamis.
Tags / Kata Kunci: bonus , Lim Guan Eng , Bajet 2017

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan