Jabatan Peguam Negara Kaji SOP Penggunaan Senjata Api - Apandi

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 7:33 PM

Mohamed Apandi Ali.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jabatan Peguam Negara akan merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung penggunaan senjata api oleh agensi penguatkuasa bagi mengelak anggota mereka teragak-agak menggunakan senjata itu bagi mempertahankan diri ketika bertugas.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata walaupun agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mempunyai SOP masing-masing berkaitan penggunaan senjata api, anggotanya masih bimbang untuk menggunakan alatan tersebut terutama ketika diancam penjenayah.

"Saya membaca SOP berkenaan, memang tebal, tetapi satu perenggan sahaja yang menyentuh tentang penggunaan senjata api, jadi perkara ini menimbulkan banyak kerisauan dan ketidaktentuan (dalam kalangan anggota penguatkuasa).

"Kita akan merangka satu SOP baharu lebih tepat dan berkesan supaya anggota penguatkuasa tidak lagi teragak-agak (untuk guna senjata api) sebab dalam keadaan sekarang, mereka takut-takut untuk menggunakan senjata api dan ada yang tidak menggunakannya langsung," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama warga JKDM Kelantan. Turut hadir Pengarah JKDM Kelantan Mohd Nasir Yusoff, Pengarah Pendakwaan Kelantan Idham Abd Ghani dan Penasihat Undang-Undang Kelantan Datuk Shahidani Abd Aziz.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan Jabatan Peguam Negara kepada Pegawai Kastam Kanan Baharuddin Hamid, 58, yang kematian isterinya Anisah Ali, 54, yang meninggal dunia pada 8 Oktober lepas, setelah kenderaan dinaikinya dilanggar tonto, sehari sebelumnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi yang juga Pengerusi Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu lebih lanjut.

"Perbincangan akan diadakan secepat mungkin (dengan pihak berkaitan) sebab saya memang tahu benda ini memang genting serta penting dan ia perlu dilaksanakan segera.

"Sementara menunggu SOP yang tertulis ini dikeluarkan, saya beri jaminan kepada mereka (agensi penguatkuasa untuk guna senjata api ketika perlu) dan saya akan panjangkan perkara ini kepada Timbalan Pendakwa Raya di seluruh negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan