Lebih 100 Rumah Di Bukit Mertajam Dilanda Banjir Kilat

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 10:37 PM

Beberapa rumah di Kampung Tok Konan, Machang Bubuk, Bukit Mertajam dinaiki air.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Lebih 100 rumah di beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini dinaiki air 0.61 meter selepas hujan lebat selama satu jam bermula pukul 5 petang Isnin.

Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Bukit Mertajam; Kampung Haji Musa; Kampung Bukit Teh; Kampung Manggis; Kampung Tok Konan; Kampung Pulau Pinang; Kampung Simpang Tiga Machang Bubok; dan Kampung Manis.

Banjir kilat itu turut menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Machang Bubuk-Kulim apabila sebahagian jalan itu dinaiki air.

"Keadaan banjir di kawasan Bukit Mertajam diburukkan lagi dengan limpahan air dari Sungai Kulim. Setakat ini tiada mangsa yang dipindahkan," kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang Pang Ah Leh.

Beliau berkata APM meletakkan anggotanya dalam keadaan siap siaga dan menempatkan tiga pacuan empat roda, dua lori, dua bot dan dua ambulans di kawasan terlibat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: banjir kilat , Bukit Mertajam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan