Gempa: Rakyat Malaysia Di New Zealand Perlu Waspada - Najib

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 10:34 AM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menasihatkan rakyat Malaysia di New Zealand supaya sentiasa berwaspada dan segera menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington jika mereka terjejas akibat gempa bumi pada Ahad.

Dalam satu kenyataan di laman akaun Facebook rasmi beliau, Najib berkata, Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan itu walaupun tiada laporan rakyat Malaysia menjadi korban setakat ini.

"Amaran tsunami sudah dikeluarkan setakat ini tetapi setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia yang terkorban.  Bagaimanapun, Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan di sana.

"Tolong berwaspada dan hubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di talian +64-4-3852439 atau +64210440188 jika anda memerlukan bantuan atau pertanyaan lanjut," kata beliau.

Perdana Menteri juga mengucapkan takziah kepada rakyat New Zealand, terutama kepada keluarga dan mangsa tragedi itu.

Pada Ahad, satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.8 melanda Pulau Selatan New Zealand, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa. 

Susulan kejadian, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran ancaman-Tsunami dan setiap orang di pantai timur negara itu diarahkan menuju ke kawasan dalam atau tanah tinggi pulau berkenaan. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan