Khairy: 80 Peratus Ditahan Terbabit IS Adalah Belia

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 1:44 PM

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia yang ditahan di atas dakwaan terlibat dengan kumpulan militan IS merupakan golongan belia, perkara itu dimaklumkan di Parlimen pada Isnin.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ahmad Nazlan Idris (Umno-Jerantut) berkata, daripada 240 orang yang ditahan kerana terlibat dengan IS, 192 atau 80 peratus adalah golongan muda.

Beliau berkata, kajian menunjukkan mereka terpengaruh dengan pelampau retorik yang mendapat pendidikan agama, dan maklumat asas yang mudah mengenai IS sebelum menyertai kumpulan itu.

Tambahnya, kementerian mewujudkan tiga platform untuk memerangi pengaruh IS di kalangan belia di negara ini yang mudah terpedaya dengan kempen IS, dengan mengadakan kempen pencegahan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), polis dan pihak berkuasa agama.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan