Kerjasama PPBM-Pakatan Harapan Tidak Akan Berjaya - Ismail Sabri

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 9:17 AM

Ismail Sabri.

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berjaya kerana masing-masing mempunyai prinsip perjuangan dan agenda berbeza, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Beliau berkata, parti baharu itu akan menghadapi masalah dalam soal pengagihan kerusi bagi pilihan raya umum kerana tentunya parti pembangkang yang lain sukar melepaskan kerusi mereka.

"Bukan senang bagi mereka nak bersatu sebab setiap parti ada agenda tersendiri. Mungkin mereka tidur sebantal tapi mimpi lain-lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno dan Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi Parlimen Kuala Selangor di sini, Isnin.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, parti itu berhasrat menyertai Pakatan Harapan yang kini merangkumi DAP, PKR dan Parti Amanah Negara. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan