Kisah Mesra "Abang Bomba" Dengan Ular Tedung Tarik Perhatian Portal Asing

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kisah "kemesraan" seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan seekor ular tedung yang pernah menjadi viral dalam kalangan penduduk tempatan, kini menjadi perhatian beberapa portal di luar negara.

Bagaimanapun kisah popular tersebut telah disalahtafsir portal asing itu yang mendakwa ular tedung berkenaan merupakan jelmaan kekasih ahli bomba tersebut.

Berdasarkan laporan portal Mirror.uk dan OddityCentral, lelaki yang tidak dinamakan itu menjadikan seekor ular tedung sebagai teman hidupnya selepas mendakwa reptilia tersebut merupakan jelmaan kekasihnya yang telah meninggal dunia.


Kedua-dua portal itu memetik kisah yang tersebar dalam dikongsi dalam Facebook bernama Worranan Sarasalin yang sering berkongsikan berita tempatan di Thailand.

Laporan itu mendakwa lelaki itu menjalinkan hubungan istimewa dengan ular sepanjang 3.04 meter tersebut selepas menyedari persamaan reptilia berkenaan dengan bekas kekasihnya dan "mereka" sering menghabiskan masa bersama tidak kira sama ada menonton televisyen, mendaki bukit, berlatih di gim atau bermain karom.

Namun selepas diteliti, gambar yang dikongsi oleh Woranna merupakan anggota JBPM yang dipercayai pakar dalam menangani ancaman ular berbisa.

Anggota bomba dikenali sebagai Abu Zarin, sangat popular dengan gambar viral yang menampilkan aksinya seolah-olah sedang mengajar dua ekor ular tedung di dalam sebuah kelas.

Ketika dihubungi mStar Online, beliau yang kini berkhidmat di Temerloh, Pahang mengesahkan cerita yang dipaparkan oleh portal asing itu tidak benar.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan