Berita Kematian Dr Mahathir Palsu

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 11:32 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berita kematian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi viral disahkan palsu.

Artikel pada Ahad bertajuk TERKINI: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun adalah salah satu berita palsu dari laman web http://telegraph-tv.co.uk.

Halaman portal tersebut kelihatan seolah-olah agak baharu dengan hanya beberapa artikel disiarkan.

Pada 6 November lalu, portal tersebut turut menyiarkan satu lagi berita palsu dengan mendakwa bekas Perdana Menteri Thia, Thaksin Shinawatra meninggal dunia.



Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir , viral , palsu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan