PM Najib Tolak Pemisahan, Setuju Berbincang Intipati Perjanjian Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 2:53 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabtu. Turut hadir Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau (kiri) merangkap Menteri Sains Teknologi dan Inovasi serta bekas Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok.

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Kerajaan Pusat terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai hak Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia tetapi tidak akan melayan cadangan pemisahan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jangan cakap mengenai pemisahan. Tidak, tidak, tidak," katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Pusat Kebudayaan Sabah di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak berhasrat menidakkan hak kedua-dua negeri kerana ia tercatat dalam perjanjian sejak 1963.

Pada masa sama, beliau sedia mendengar sebarang persoalan dan kebimbangan atau salah faham yang timbul berkaitan perjanjian itu.

Menyifatkan Malaysia memiliki ahli keluarga besar, Najib berkata, ketidaksefahaman adalah perkara biasa termasuk di kalangan suami dan isteri.

"Tetapi, dalam apa juga yang kita lakukan, kita akan bekerjasama dan berusaha untuk negara lebih baik.

"Kita mahu Malaysia menjadi antara yang terbaik," kata Pengerusi Barisan Nasional itu.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya membudayakan sikap berpandangan jauh dan berfikiran luas untuk menjadikan agenda besar Malaysia menjadi negara kelas pertama, suatu realiti.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia tidak harus terkongkong dan menyibukkan diri dengan hal remeh-temeh kerana keadaan seperti itu cuma akan menyebabkan negara ini akan tertinggal jauh ke belakang berbanding negara lain.

"Kita ada agenda besar. Kita bukan nak jadi negara kelas kedua, bukan. Kita tidak mahu menjadi negara biasa-biasa sahaja. Kita mahu Malaysia menjadi negara terbaik di kalangan yang terbaik di muka bumi ini.

"Sebab itulah, saya mencadangkan Transformasi Nasional 2050 (TN50). TN50 inilah satu proses dialog dari akar umbi. Apa tujuannya? tujuannya untuk menentukan hala tuju baharu untuk meletakkan Malaysia ini di puncak kegemilangan sebagai sebuah negara kelas pertama yang boleh kita banggakan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Upko , Najib Tun Razak , Perjanjian Malaysia

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan