Pelatih Fisioterapi HSA Tidak Serik Bantu Pesakit

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 6:56 PM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi isteri Menteri Besar Johor Datin Seri Rosni Omar (kiri) beramah mesra dengan mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Nursuhaily Saliman ketika melawat mangsa kebakaran HSA dan menyampaikan sumbangan kepada waris-waris mangsa kebakaran HSA di Hospital Sultan Ismail, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pelajar jurupulih fisioterapi, Siti Nur Shafikah Md Amsah, yang terselamat dalam kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada 26 Oktober lalu berkata dia tidak akan serik membantu pesakit yang ditimpa kesusahan akibat kebakaran pada masa depan, biarpun hampir hilang nyawa berikutan insiden sama.

Ditemui pemberita selepas program lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke wad penjagaan paliatif pediatrik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, Sabtu, Siti Nur Shafikah berkata kejadian itu memang akan sukar dilupakan sampai bila-bila namun dia ingin meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Ingat memang ingat kerana kejadian telah menyebabkan saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) (HSI) selama tiga hari setelah mengalami kesesakan  nafas akibat terhidu asap tebal.

Bagaimanapun, saya tidak serik dan jauh sekali hendak berasa menyesal menyelamatkan para pesakit yang turut terjejas ketika itu," katanya ketika ditanya sama ada masih berasa trauma ataupun tidak selepas kejadian itu.

Siti Nur Shafikah, 21, berkata dia baru sahaja enam minggu menjalani latihan industri di HSA ketika kejadian.

"Saya masih memegang tangan seorang pesakit ketika itu dan doktor-doktor sibuk memadamkan api. 

Saya diarahkan keluar untuk menyelamatkan diri tetapi saya tidak terus berbuat demikian sebaliknya cuba menyelamatkan sebahagian pesakit yang akhirnya menyebabkan saya sendiri batuk-batuk serta sesak nafas akibat terhidu asap tebal," katanya.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada waris-waris mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas melawat mangsa kebakaran HSA di Hospital Sultan Ismail, Sabtu. Turut hadir isteri Menteri Besar Johor Datin Seri Rosni Omar (belakang kanan).

Siti Nur Shafikah berkata dia berterima kasih kepada semua pihak termasuk Rosmah yang prihatin akan nasibnya susulan kejadian.

Kebakaran pada 26 Okt itu mengorbankan enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu K. Logeswaran, 20; Choo Lin Fung, 37; Toh Ah Wah, 60; Yusof Hassan, 53; M. Kaliama, 23 dan C. Neeramala Devi, 24, serta mencederakan lima yang lain termasuk Siti Nur Shafikah.--Bernama 



Tags / Kata Kunci: HSA , Rosmah Mansor , Nur Shafikah , fisioterapi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan