Saya Tak Tarik Diri - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, penangguhan untuk menandatangani perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan bukan kerana tidak bersetuju parti pimpinannya menyertai pakatan pembangkang itu.

Sambil memohon maaf di atas penangguhan tersebut, Presiden PPBM itu berkata, terdapat beberapa perkara berkaitan perjanjian antara kedua pihak perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.

"Ada yang kata saya 'kaki sejuk', tetapi kaki saya masih panas. Ada yang kata saya tarik diri daripada menandatangani perjanjian kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan, tetapi saya tak tarik diri.

"Saya amat serius dalam meneliti hal-hal yang penting seperti perjanjian kerjasama ini. Saya minta majlis ditangguhkan sedikit bagi memberi masa yang cukupi kepada semua pimpinan PPBM yang baharu dan Pakatan Harapan untuk berbincang lebih lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan kali pertama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, Sabtu.

Muhyiddin berkata, perbincangan berkenaan bertujuan untuk mencapai kata sepakat terhadap setiap terma yang terkandung di dalam perjanjian itu.

"Pada dasarnya saya bersetuju dengan sebahagian besar perjanjian yang telah dirangka," katanya.

Dalam ucapan itu, Muhyiddin menegaskan bahawa PPBM bersedia untuk menyertai Pakatan Harapan.

"Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersedia dan komited untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen pada Sabtu di mana pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucaptama.

Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada Selasa.

Bagaimanapun Muhyiddin kemudiannya meminta penangguhan perjanjian kerjasama berkenaan sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan PPBM bersama Pakatan Harapan.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , PPBM , Pakatan Harapan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan