Laporan Siasatan Kebakaran HSA Akan Diterima Satu Atau Dua Minggu Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 5:16 PM

Subramaniam bersama pesakit Talasemia pada majlis saringan penyakit berkenaan peringkat kebangsaan di Segamat, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Laporan siasatan daripada jawatankuasa siasatan bebas berhubung insiden kebakaran yang meragut nyawa enam pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru, baru-baru ini akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan dalam masa satu atau dua minggu lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau dimaklumkan bahawa laporan itu sudah siap dan kini dalam proses penelitian akhir sebelum diserahkan secara rasmi kepadanya.

"Laporan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) serta wakil lembaga arkitek dan kejuruteraan itu kemudian akan dibawa ke mesyuarat kabinet," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran saringan Talasemia murid tingkatan empat peringkat kebangsaan 2016 di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Jementah dekat sini, Sabtu. 

Subramaniam berkata susulan tragedi berkenaan, pihaknya juga mula menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan-bangunan hospital berusia lebih 50 tahun di negara ini bagi memastikan bahawa tiada insiden membabitkan keselamatan pengguna kemudahan kementerian berulang. 

"Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan semua pengarah hospital dan juga bahagian kejuruteraan kementerian dalam masa terdekat bagi meneliti isu-isu berkaitan keselamatan bangunan hospital dalam masa terdekat," katanya. 

Tambahnya, kementerian juga akan menubuhkan satu suruhanjaya bebas selepas laporan rasmi kebakaran itu diterima. 

"Kita akan lantik anggota jawatankuasa suruhanjaya itu daripada orang luar (bukan kakitangan kerajaan) yang akan diberikan kuasa untuk membuat siasatan dan (memberi) nasihat kepada kementerian," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata usaha Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pendidikan menganjurkan program saringan Talasemia murid tingkatan empat adalah untuk mengesan mereka yang menjadi pembawa kepada penyakit yang diwarisi itu.

"Pembawa penyakit Talasemia akan diberi perkhidmatan kaunseling agar tidak memilih pasangan yang juga pembawa penyakit itu kerana anak mereka berisiko mendapat penyakit berkenaan sepenuhnya," katanya. 

Beliau berkata sehingga kini, lebih 6,000 rakyat Malaysia dikesan menghidapi penyakit itu dan kementerian mengeluarkan belanja lebih daripada RM5,000 bagi merawat seorang pesakit setiap bulan. 

Oleh itu, dengan pendedahan program berkenaan, diharapkan dapat mengurangkan kelahiran pesakit Talasemia baharu menjelang 2038. 

Beliau juga menjamin program itu akan diteruskan pada tahun depan dan berharap ibu bapa akan menyokong usaha ini dan mengalakkan anak-anak mereka membuat saringan seterusnya mendapat khidmat kaunseling bagi membantu anak mereka. 

Talasemia merupakan penyakit keturunan yang menyebabkan tubuh badan seseorang tidak dapat menghasilkan sel darah merah secara normal.-- Bernama  


Tags / Kata Kunci: HSA , Menteri Kesihatan , NIOSH

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan