Tangani Halangan Sesama Parti Komponen BN - Pemuda MCA

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 1:43 PM

Sin Woon (kiri) dan Datuk Dr Wee Ka Siong pada mesyuarat Pemuda MCA di Cyberjaya, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) perlu menangani sebarang halangan yang wujud di kalangan parti komponen bagi menjamin kedudukan negara di tahap yang lebih baik, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

"Sebarang halangan perlu dihapuskan sesama parti dalam BN dan seterusnya mewujudkan persefahaman yang lebih berkesan.

"Model komunikasi yang lebih baik juga perlu diterapkan, selain membangunkan kepercayaan sesama parti," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-52 di sini, Sabtu.

Sin Woon menegaskan, gabungan dalam BN masih kekurangan aspek komunikasi yang berkesan apabila ahlinya dilihat lebih gemar menggunakan media sebagai platform untuk tujuan itu.

"Sebab itu pemuda Malaysia perlukan platform untuk berkomunikasi secara kolektif, Transformasi Nasional (TN50) adalah inisiatif yang baik untuk menangani isu ini.

"Plan transformasi 30 tahun idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjadi pentas untuk golongan belia berbincang dan bekerjasama bagi menangani sebarang konflik dan mewujudkan persefahaman bersama," katanya.

Sin Woon juga menghargai visi Najib yang dilihat mampu memanfaatkan golongan belia negara ini.

"Pemuda MCA sudah bersedia untuk mengetuai belia Cina ke arah Malaysia yang lebih adil dan makmur," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pemuda MCA , BN , Chong Sin Woon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan