Amaran Baju Merah Bukan Omong Kosong - Jamal

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 7:22 PM

Pertembungan antara seorang penyokong Bersih 5 dengan kumpulan Baju Merah di Bandar Seri Putra, Bangi pada Sabtu. Foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amaran kumpulan Baju Merah terhadap Bersih berhubung perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan seminggu lagi bukan sekadar omong kosong.

Pergerakan itu bersama beberapa kumpulan seni mempertahankan diri berhimpun di luar Dataran Maybank, Bangsar pada kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.

Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunus berkata, tiba masanya untuk menunjukkan kepada Bersih bahawa mereka adalah serius.

"Kita di sini untuk membuktikan bahawa kita tidak hanya mengeluarkan ancaman kosong.

"Pada 19 November ini, di mana ada Baju Kuning, di situlah kami ada. Kita tidak akan membiarkan mereka mengancam agama dan demokrasi negara," katanya.

Kumpulan seni mempertahankan diri itu melakukan aksi demonstrasi sebelum menyerahkan sebuah bendera kepada Jamal sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, kumpulan Baju Merah berada di Pekan Lama Bangi, Selangor bagi menghalang konvoi Bersih.

Kumpulan yang diketuai Jamal itu mengepung konvoi berkenaan dan menghalang pergerakan mereka sambil mengoyakkan bendera dan sepanduk Bersih.

Bagaimanapun, Baju Merah kemudiannya melepaskan konvoi terbabit selepas campur tangan pihak polis.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 mengutuk tindakan baju merah dengan menyifatkan kumpulan itu sebagai samseng.

"Baju Merah sekali lagi menggunakan ugutan jenayah untuk menghalang konvoi Bersih 5. Mereka mengoyakkan barang-barang Bersih, cuba untuk merosakkan tingkap kereta dan Jamal sendiri dirakamkan memaki hamun seorang penyokong Bersih," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Tags / Kata Kunci: baju merah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan