Terlalu Awal Untuk Ramal Risiko Kemenangan Trump Ke Atas Ekonomi Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masih terlalu awal untuk meramalkan kemungkinan risiko negatif ke atas ekonomi Malaysia susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan yang bank pusat telah siap bersedia untuk menghadapi sebarang risiko.

"Kita perlu sentiasa berdaya tahan untuk menyerap sebarang kejutan luaran.

Sebagai sebuah ekonomi, kita sentiasa menyokong perjanjian perdagangan dan proses globalisasi. 

"Kita telah mempersiapkan industri kita dan rakyat untuk berdepan semua perubahan daripada peningkatan globalisasi," katanya semasa ditanya apakah yang akan menjadi risiko negatif kepada Malaysia susulan kemenangan Trump itu. 

Muhammad berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini, di sini, Jumaat.

Beliau berkata ekonomi negara masih akan positif walaupun sekiranya Trump menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). 

"Sekiranya TPPA dibatalkan, ekonomi Malaysia tidak akan terjejas teruk kerana kita telahpun mencatatkan prestasi baik sebelum perjanjian itu dilaksanakan," katanya.

Trump menyuarakan bantahan kerasnya terhadap perjanjian itu semasa kempen presiden beliau. Perjanjian itu yang diketuai AS, melibatkan 12 negara termasuk Malaysia. Perjanjian perdagangan terbesar dunia itu dilihat sebagai 'pembawa perubahan' kepada perdagangan global. 

Gabenor itu berkata alasan menyertai perjanjian tersebut adalah untuk meningkatkan perdagangan serta pelaburan langsung asing. 

Buat masa ini, katanya, BNM memantau dengan rapat langkah yang akan diambil Trump.

"Sekiranya pelarasan diperlukan untuk melindungi ekonomi kita, BNM akan melakukan dengan sewajarnya," katanya.

Timbalan Gabenor BNM, Sukudhew Singh, berkata pada tahap ini, negara-negara TPPA sedang merundingkan sama ada perjanjian itu perlu dimansuhkan. 

"Terdapat pandangan umum yang pasif, kita perlu tunggu dan lihat," katanya. 

Terdahulu, Muhammad berkata, sistem kewangan Malaysia berdaya tahan dan ia dijangka kekal dalam tempoh mendatang. 

Beliau berkata ekonomi negara dijangka mencatatkan pertumbuhan empat dan 4.5 peratus tahun ini. 

"Ketika perniagaan dan isi rumah terus menyesuaikan diri dengan keadaan operasi yang lebih mencabar dan kos hidup tinggi, penyesuaian ini dijangka membawa kesan sederhana ke atas pendapatan dan kualiti aset institusi kewangan. 

"Sistem kewangan Malaysia, disokong oleh modal dan paras mudah tunai kukuh, berkedudukan baik untuk terus melaksanakan fungsi pengantaraannya dengan cara yang cekap dan berkesan," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: BNM , Muhammad Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan